BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 30, 2010

salam muhibah....

setelah lama menyepi,terigt kembali untuk meng'activekan' blog...tersentuh dengan sifat seorang sahabat rasulullah,yang di timbulkan oleh seorang penceramah,cukup menyayat hati...ttg Musab ibn Umair (RA)... Mengungkapkan sesuatu bentuk pengorbanan dengan kata-kata begitu mudah...tp utk melaksanakan??xsemudah mengungkapkannya bukan??...
apalah tahapnya iman kita jika dibandingkan dengan iman orang terdahulu,apatah lagi iman para sahabat rasulullah s.a.w...
Bilal bin Rabah sebagai contoh..,ketika ditindih dengan batu besar,di tengah padang pasir yang panas...bisa menyalai kulit yang masih melekat di badan,namun....walaupon ketika itu beliau hanya bisa menyebut kalimah "ahad"(satu) berulang2 kali kerana pengetahuan agama yg masih cetek ketika itu...namun tahap keimanannya begitu mengagumkan,tidak goyah sedikitpon....walaupon disiksa sedemikian rupa,namun hati beliau tetap teguh percaya dan yakin dengan kewujudan Pencipta yg esa iaitu Allah,lalu dilafazkan dengan kalimah "Ahad"....
Alangkah bagusnya jika kita dapat mencontohi mereka....melakukn sesuatu bukan kerana adat..tetapi atas dasar iman...,ya Allah,jgn kau jadikan aku antara orang yang celaka akibat tidak dapat melaksanakan apa yang aku ketahui dan telah aku sampaikan...moga apa yang cuba kusampaikan ini tidak menjadi penyebab untukku semakin menghampiri nerakamu,kerana gagal melaksanakannya,tetapi berilah aku kekuatan untuk terus berada dijalanmu dan istiqamah melaksanakan suruhanmu..ameen..

Friday, May 28, 2010

hati yang dahaga....

Bismillah....
kenapa kadangkala hati ini rasa tidak tenang,jantung berdegup kencang tanpa sebarang sebab.....diamanakah tempat untuk diri ini mencari ketenangan itu???adakah hanya sekadar menghirup nafas sedalam yang boleh,kemudian dilepaskan dengan perlahan,sudah mampu mengembalikan ketenangn jiwa itu??
pernahkah kita merenung masalah sebenar hati ini sehinggakan ketenangan yang sebenar tidak mampu kita cari??
Cuba kita renungkan apakah rutin kita setiap hari....bermula dari terbukanya kelopak mata dikala seruan azan subuh mendayu memanggil kita meniggalkan kenikmatan tidur untuk menghadap Allah dalam kalimah dan rukun solat sehinggalah kita kembali untuk tidur tatkala diri sudah letih mengerjakan tuntutan duniawi....didalam linkungan masa ini mgkinkah ada perkara yang kita lakukan sehingga hati ini resah sebegini???puas difikir,dicari...namun puncanya masih tidak mampu diselidiki...
mgknkah masalah dengan sahabat??atau mgkn pelajaran yang merunsingkan?Mgkin juga masalah kewangan...namun itu semua bkn puncanya...
Masalah harus diselesaikan,kalau terguris dibadan mgkn mudah untuk diubati,namun bisa dan kerungsingan perasaan,penyelesaian yg amat sukar ditangani....
Cuba lihat dari sudut pendekatan diri pada Pencipta,betulkah kita sentiasa mengikut suruhanNya dan meninggalkan perkara yang ditegahNya??nah..akhirnya masalah mula dapat dirungkai...rupanya ini masalah dari kita...bknkah pintu taubat itu sentiasa dibuka untuk kita...insan yang tidak pernah lekang daripada melakukan kesilapan....pernahkah kita merasakan kekerdilan kita dan menitiskan air mata dihadapan Allah,pencipta kita??ataupun kita masih terus ego dan tidak pernah memohon ampun diatas kesalahan kita...renungkan duhai sahabat..
Tentang ajal,,,,adakah ia milik kita??dapatkah kita tangguh kedatangannya apabila malaikat maut sudah tiba untuk menjalankah tugasnya?? ketahuilah hati kita sudah mula memberikan petanda kebimbangan berdasarkan kemungkaran demi kemungkaran yang terus kita lakukan,dan tentang penyesalan...masih belum terlintas dihati kita..
Kita bknlah insan sesempurna Rasulullah,sehebat Saidatina Khadijah,seagung Saidina Abu Bakar,kita hanyalah seorang muslim yang imannya mudah luntur dimamah arus duniawi..namun harus kita renungkan ayat yang bermaksud:
"Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan: Sesungguhnya saya bertaubat sekarang. Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih." [QS. an Nisa: 17-18]
Apabila cahaya keinsafan dan kesedaran melintas dihadapan kita,sambutlah kedatangannya,janganlah ditangguhkan tuntutannya...kerana mungkin itu yang terakhir buat kita..hidayah itu adalah anugerah Allah,mohonlah sentiasa agar kita tergolong dalam golongan yang sentiasa mendapat hidayah dariNya...
Dan harus diketahui bahawasanya hati kita ini juga milik Allah,mgkin dikala ini kita masih mampu mengenal mana yang buruk dan mana yang baik,tapi adakah kita yakin bahawa hari esok,penilaian kita tentang dua perkara itu masih sama??
Seperti yang terdapat dalam hadith dari riwayat Anas bin Malik ra yang berkata bahawa baginda rasulullah salallahualaihiwasallam kerap membaca doa : “Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati tetapkanlah hati kami dalam agama-Mu” maka para sahabat pun bertanya apakah hati itu boleh dibolak-balik ? Maka baginda pun menjawab : “ Ya, Sesungguhnya hati-hati itu berada di antara jari-jari Allah dan Dia (Allah) membolak-balikkanny a sebagaimana yang dikehendaki- Nya” (Hadith Sahih, riwayat Tirmidzi no. 2140 dan Ibn Majah no.3834).

Peluang masih terbuka untuk kita,andai kata kesilapan yang sama terus diulang,ingatkah pintu taubat itu sentiasa terbuka untuk kita...moga pengajarannya dapat diambil bersama...wassalam

Wednesday, May 26, 2010

coretan pertama seorang hamba

bismillahirrahmanirrahim....
salam muhibah buat teman-temanku sekalian,
coretan pertama ini diharap dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada pembacanya...niat saya menulis di ruangan ini didorong oleh perasaan yang melonjak2 ingin mencuba sesuatu yang baru....moga dipermudahkan Allah :)
setiap sesuatu yang kita mulakan akan lebih berkat jika dimulakan dengan kalimah basmallah.... Terlalu mudah untuk diamalkan bukan?..dengan sebab itu juga terlalu mudah untuk kita abaikan..mungkin kerana kesannya tidak kita lihat,kelebihannya tidak kita rasa,... andaikanlah,kelebihannya ditunjukkan,keajaibannya disingkapkan,sudah tentu ia akan menjadi amalan,tiap insan yg bergelar hamba Allah...mungkin kisah ini dapat membuka mata kita,mengubah persepsi kita..tentang kalimah basmallah :)

"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

Allah berfirman dengan mafhumnya....."Allah tidak akan membebani hamba-Nya, melainkan sesuai dengan kemampuan hamba tersebut. Ingatlah akan janji Allah bahwa sesudah kesulitan pasti akan ada kemudahan; pasti bersama kesulitan itu akan ada kemudahan (QS Alam Nasyrah [94]: 5-6).
Moga dengan kalimah basmallah itu,dapat menetapkan hati kita supaya terus igt kepada Allah dalam setiap perkara,dan sekaligus menjadikan kita sebagai hamba Nya yang sentiasa bersandar dan berharap atas perkara yg kita sedang laksanakan itu....

sama-samalah kita memperbaiki iman,..wslm