BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 26, 2010

coretan pertama seorang hamba

bismillahirrahmanirrahim....
salam muhibah buat teman-temanku sekalian,
coretan pertama ini diharap dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada pembacanya...niat saya menulis di ruangan ini didorong oleh perasaan yang melonjak2 ingin mencuba sesuatu yang baru....moga dipermudahkan Allah :)
setiap sesuatu yang kita mulakan akan lebih berkat jika dimulakan dengan kalimah basmallah.... Terlalu mudah untuk diamalkan bukan?..dengan sebab itu juga terlalu mudah untuk kita abaikan..mungkin kerana kesannya tidak kita lihat,kelebihannya tidak kita rasa,... andaikanlah,kelebihannya ditunjukkan,keajaibannya disingkapkan,sudah tentu ia akan menjadi amalan,tiap insan yg bergelar hamba Allah...mungkin kisah ini dapat membuka mata kita,mengubah persepsi kita..tentang kalimah basmallah :)

"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

Allah berfirman dengan mafhumnya....."Allah tidak akan membebani hamba-Nya, melainkan sesuai dengan kemampuan hamba tersebut. Ingatlah akan janji Allah bahwa sesudah kesulitan pasti akan ada kemudahan; pasti bersama kesulitan itu akan ada kemudahan (QS Alam Nasyrah [94]: 5-6).
Moga dengan kalimah basmallah itu,dapat menetapkan hati kita supaya terus igt kepada Allah dalam setiap perkara,dan sekaligus menjadikan kita sebagai hamba Nya yang sentiasa bersandar dan berharap atas perkara yg kita sedang laksanakan itu....

sama-samalah kita memperbaiki iman,..wslm


0 comments: