BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 28, 2010

hati yang dahaga....

Bismillah....
kenapa kadangkala hati ini rasa tidak tenang,jantung berdegup kencang tanpa sebarang sebab.....diamanakah tempat untuk diri ini mencari ketenangan itu???adakah hanya sekadar menghirup nafas sedalam yang boleh,kemudian dilepaskan dengan perlahan,sudah mampu mengembalikan ketenangn jiwa itu??
pernahkah kita merenung masalah sebenar hati ini sehinggakan ketenangan yang sebenar tidak mampu kita cari??
Cuba kita renungkan apakah rutin kita setiap hari....bermula dari terbukanya kelopak mata dikala seruan azan subuh mendayu memanggil kita meniggalkan kenikmatan tidur untuk menghadap Allah dalam kalimah dan rukun solat sehinggalah kita kembali untuk tidur tatkala diri sudah letih mengerjakan tuntutan duniawi....didalam linkungan masa ini mgkinkah ada perkara yang kita lakukan sehingga hati ini resah sebegini???puas difikir,dicari...namun puncanya masih tidak mampu diselidiki...
mgknkah masalah dengan sahabat??atau mgkn pelajaran yang merunsingkan?Mgkin juga masalah kewangan...namun itu semua bkn puncanya...
Masalah harus diselesaikan,kalau terguris dibadan mgkn mudah untuk diubati,namun bisa dan kerungsingan perasaan,penyelesaian yg amat sukar ditangani....
Cuba lihat dari sudut pendekatan diri pada Pencipta,betulkah kita sentiasa mengikut suruhanNya dan meninggalkan perkara yang ditegahNya??nah..akhirnya masalah mula dapat dirungkai...rupanya ini masalah dari kita...bknkah pintu taubat itu sentiasa dibuka untuk kita...insan yang tidak pernah lekang daripada melakukan kesilapan....pernahkah kita merasakan kekerdilan kita dan menitiskan air mata dihadapan Allah,pencipta kita??ataupun kita masih terus ego dan tidak pernah memohon ampun diatas kesalahan kita...renungkan duhai sahabat..
Tentang ajal,,,,adakah ia milik kita??dapatkah kita tangguh kedatangannya apabila malaikat maut sudah tiba untuk menjalankah tugasnya?? ketahuilah hati kita sudah mula memberikan petanda kebimbangan berdasarkan kemungkaran demi kemungkaran yang terus kita lakukan,dan tentang penyesalan...masih belum terlintas dihati kita..
Kita bknlah insan sesempurna Rasulullah,sehebat Saidatina Khadijah,seagung Saidina Abu Bakar,kita hanyalah seorang muslim yang imannya mudah luntur dimamah arus duniawi..namun harus kita renungkan ayat yang bermaksud:
"Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan: Sesungguhnya saya bertaubat sekarang. Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih." [QS. an Nisa: 17-18]
Apabila cahaya keinsafan dan kesedaran melintas dihadapan kita,sambutlah kedatangannya,janganlah ditangguhkan tuntutannya...kerana mungkin itu yang terakhir buat kita..hidayah itu adalah anugerah Allah,mohonlah sentiasa agar kita tergolong dalam golongan yang sentiasa mendapat hidayah dariNya...
Dan harus diketahui bahawasanya hati kita ini juga milik Allah,mgkin dikala ini kita masih mampu mengenal mana yang buruk dan mana yang baik,tapi adakah kita yakin bahawa hari esok,penilaian kita tentang dua perkara itu masih sama??
Seperti yang terdapat dalam hadith dari riwayat Anas bin Malik ra yang berkata bahawa baginda rasulullah salallahualaihiwasallam kerap membaca doa : “Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati tetapkanlah hati kami dalam agama-Mu” maka para sahabat pun bertanya apakah hati itu boleh dibolak-balik ? Maka baginda pun menjawab : “ Ya, Sesungguhnya hati-hati itu berada di antara jari-jari Allah dan Dia (Allah) membolak-balikkanny a sebagaimana yang dikehendaki- Nya” (Hadith Sahih, riwayat Tirmidzi no. 2140 dan Ibn Majah no.3834).

Peluang masih terbuka untuk kita,andai kata kesilapan yang sama terus diulang,ingatkah pintu taubat itu sentiasa terbuka untuk kita...moga pengajarannya dapat diambil bersama...wassalam

0 comments: